Astro Shaw telah mengumumkan pelbagai kandungan untuk Keluang Man dan juga High Council akan tiba, selain itu mereka juga mengumumkan kandungan untuk IP Polis Evo yang setakat ini mempunyai 3 filem.

Mereka mengumumkan tiga kandungan baharu untuknya iaitu Reza, filem sampingan yang memfokuskan kepada watak Reza Rashid lakonan Sharnaaz Ahmad iaitu bekas polis yang menjadi penjahat di dalam filem Polis Evo 3. Filem ini akan memulakan produksinya pada tahun 2025.

Seterusnya adalah filem Polis Evo 4 yang akan memperlihatkan Shaheizy Sam kembali sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani. Selain filem, mereka juga mengumumkan siri TV yang berlaku di dalam dunia Polis Evo dengan judul sementara adalah Evo Academy.
Buat masa ini, tarikh-tarikh tayangan dan siaran untuk kandungan-kandungan ini masih tidak diumumkan lagi.


