Astro Shaw hari ini telah melakukan perkongsian mengenai kandungan-kandungan akan datang mereka, antara yang dikongsi adalah Keluang Man akan diperluaskan lagi dengan filem-filem tambahan yang akan memfokuskan lokasi berbeza di dalam Malaysia.

Ia akan menjadi Fasa 1 untuk Keluang Man Cinematic Universe.

Filem Keluang Man yang akan tiba sekitar tahun 2025 akan memfokuskan kepada lokasi asal adiwira tersebut iaitu Kluang, Johor. Filem seterusnya memfokuskan watak dari Baling Kedah, diikuti Patani, Thailand sebelum kembali ke Kluang untuk Keluang Man 2.

Fasa 1 diteruskan lagi kisah di Besut, Terengganu dan diakhiri dengan Kataha iaitu nama lama bagi negeri Kedah.

Maklumat lanjut mengenai filem-filem tambahan ini masih tidak diumumkan lagi dan akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Leave a Reply