Garena telah mengumumkan yang acara kolaborasi seterusnya untuk permainan battle royale mereka Free Fire adalah bersama dengan siri manga dan juga anime popular Blue Lock.
Acara ini akan bermula pada 23 November sehingga 8 Disember dan pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan di dalam permainan seperti jersi Isagi Yoichi dan Nagi Seishiro.

Semasa sesi permainan, pemain juga boleh menggunakan kuasa Spatial Awareness seperti Isagi ataupun menggunakan emote Nagi.
Pemain juga boleh melakukan pelbagai misi untuk dapatkan barangan berdasarkan Blue Lock seperti hiasan senjata dan kenderaan, avatar dan juga banner istimewa.
Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Anime Blue Lock sudah menerima dua musim dan boleh ditonton di Netflix.


