Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsikan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:

Arcane (Musim 2)

Platform: Netflix

Arcane boleh dikatakan sebagai antara kandungan berdasarkan permainan video yang bukan satu kekecewaan. Ia bukan sahaja tidak mengecewakan, tetapi kualiti animasi yang dibawa benar-benar meletakkannya di atas kandungan-kandungan animasi yang lain. Musim kedua ini menjanjikan perkara yang sama dengan penceritaan yang semakin tegang.

Deadpool & Wolverine

Platform: Disney+ Hotstar

Penyertaan Deadpool buat pertama kali di dalam MCU adalah satu langkah kanan, terutama dengan membawa seorang lagi bintang adiwira penting iaitu Wolverine. Dengan penceritaan yang padat dengan jenaka serta adegan memecah fourth wall, filem ini membuatkan anda tidak kering gusi. Ia juga filem yang mungkin memperkenalkan lagi Bye Bye Bye oleh NSYNC kepada generasi baharu.

Silo (Musim 2)

Platform: Apple TV+

Bayangkan satu tamadun manusia berjumlah 10 ribu semua tinggal di dalam silo setinggi 144 tingkat kerana keadaan dunia yang tidak lagi selamat untuk didiami. Itulah premis utama bagi Silo yang kembali untuk musim kedua dengan membawa lebih banyak misteri berkait dengan pembunuhan dan menyedari pencarian tersebut boleh membahayakan diri.

Cross

Platform: Prime Video

Aldis Hodge membawa watak Alex Cross iaitu watak yang dihasilkan oleh James Patterson melalui siri novel yang telah mempunyai 23 buku berbeza. Alex Cross merupakan seorang detektif dan psikologi forensik yang mempunyai kebolehan untuk mengetahui jiwa seseorang penjahat dan juga mangsa. Sesuatu yang dia gunakan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

Joker: Folie a Deux

Platform: Apple TV, Google TV (Beli/Sewa)

Todd Philips dan Joaquin Phoenix kembali untuk meneruskan kisah mengenai Arthur Fleck yang juga dikenali sebagai Joker ini. Filem ini berlaku terus selepas kejadian filem pertama dan Arthur Fleck perlu menghadapi kesan daripada jenayah yang dilakukan olehnnya sebelum ini, pada masa sama dia juga berjumpa dengan satu watak misteri lakonan Lady Gaga.

Baca: Ulasan Joker: Folie à Deux

Leave a Reply