Permainan aksi pengembaraan Stellar Blade boleh dilihat sebagai salah satu daripada permainan video terbaik yang dilancarkan khusus untuk konsol Sony PlayStation 5. Shift Up, pembangun permainan ini dari Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan bahawa Stellar Blade cukup popular dimana pendapatan daripada permainan tersebut nampaknya cukup stabil walaupun ia sudah beberapa bulan setelah ia dilancarkan.

Dalam pembentangan kewangan syarikat tersebut, Shift Up nampaknya telah memetik populariti satu lagi permainan, Black Myth: Wukong yang mengatakan bahawa populariti permainan tersebut di platform PC memberi mereka keyakinan untuk melancarkan Stellar Blade di platform tersebut.
Malah, melihat kepada trend pelancaran permainan komputer di platform PC, mereka cukup yakin bahawa Stellar Blade di platform PC akan dijual dengan lebih banyak berbanding di konsol PlayStation 5 jika diberikan masa. Buat masa ini, Shift Up nampaknya mahu cuba untuk membangunkan Stellar Blade versi PC untuk dilancarkan sekitar tahun 2025. Buat masa ini, tarikh pelancaran khusus untuk versi tersebut tidak diketahui lagi.


