Sucker Punch ketika acara State of Play hari ini telah mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka ialah Ghost of Yotei, iaitu permainan susulan bagi Ghost of Tsushima tetapi juga boleh dianggap sebagai permainan kendiri kerana berlaku 300 tahun selepas kisah Jin Sakai.
Permainan ini akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5.
Ghost of Yotei akan membawa teras tatamain yang sama dengan Ghost of Tsushima iaitu pemain akan bermain sebagai pahlawan di Jepun feudal dan dapat mengembara mengikut kehendak sendiri. Mereka juga membawa kembali konsep ‘Ghost’.
Permainan ini juga membawa protagonis baharu iaitu Atsu dan penceritaanya berlaku pada tahun 1603 dan berlaku di sekitar Gunung Yotei yang bertempat di Ezo ataupun Hokkaido pada waktu sekarang.
Sucker Punch juga mengatakan yang permainan ini yang dibangunkan khusus untuk PlayStation 5 akan mengembangkan lagi penawaran visual seperti sesuatu yang dimulakan di dalam permainan sebelum ini.