Apple hari ini telah mengumumkan secara rasmi generasi baharu untuk telefon pintar mereka iaitu iPhone 16 dan juga iPhone 16 Pro.
Dengan menggunakan cip pemprosesan terbaru iaitu A18, Apple juga telah mengumumkan yang permainan AAA tidak lagi terhad untuk model Pro, sebaliknya ia juga boleh dimainkan di iPhone 16 dan iPhone 16 Plus.
Antara permainan AAA yang diumumkan untuk iPhone 15 Pro sebelum ini iaitu Assassin’s Creed Mirage, Assassin’s Creed Shadows, Death Stranding, Resident Evil Village dan Resident Evil 4 boleh dimainkan di kesemua model iPhone 16.
Apple juga mengumumkan yang fungsi ray tracing, iaitu fungsi yang diperkenalkan melalui cip pemprosesan A17 Pro di iPhone 15 Pro juga disokong oleh iPhone 16 dan iPhone 16 Plus.


