Nintendo Japan, melalui akaun X mereka telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menerima konsol New Nintendo 3DS XL untuk diperbaiki kerana mereka sudahpun habis menggunakan komponen-komponen untuk pembaikan tersebut.
Bukan itu sahaja, Nintendo juga mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan program pembaikan untuk beberapa konsol mereka seperti Nintendo 2DS dan Nintendo 3DS XL apabila komponen-komponen ini juga habis kelak.
Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, khususnya apabila Nintendo juga telah menamatkan pembaikan untuk konsol Nintendo Wii U mereka sebelum ini. Nintendo dijangka akan memperkenalkan pengganti kepada konsol Nintendo Switch mereka pada penghujung tahun ini, dan ia adalah satu cara untuk Nintendo untuk mengosongkan inventori untuk konsol tersebut.