Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsikan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:
Rebel Moon Director’s Cut
Platform: Netflix
Jika anda ternanti-nanti ‘filem sebenar’ untuk Rebel Moon ataupun kecewa dengan Rebel Moon dilancarkan sebelum ini, edisi Director’s Cut akhirnya tiba di Netflix iaitu edisi yang dikatakan terbaik oleh Zack Snyder. Seperti siaran sebelum ini, edisi Director’s Cut ini juga dibahagikan kepada dua bahagian.
The Umbrella Academy – Musim 4
Platform: Netflix
Musim baharu ini juga merupakan musim terakhir untuk siri ini, di dalam musim ini sekeluarga Hargreeves sekali lagi bekerjasama untuk mengelak daripada berlakunya kejadian tahap kepupusan yang juga berkait dengan pelbagai garis masa.
Kingdom of the Planet of the Apes
Platform: Disney+ Hotstar
Permulaan baharu untuk siri filem Planet of the Apes, filem ini berlaku beberapa generasi selepas kematian Caesar di dalam filem War for the Planet of the Apes. Pada waktu ini, hanya Apes yang mempunyai kebijaksanaan dengan manusia kembali menjadi kuno.
Baca: Ulasan Kingdom of the Planet of the Apes
One Fast Move
Platform: Prime Video
Filem mengenai seorang lelaki yang mencari bapanya yang tidak pernah di dalam hidupnya untuk merealisasikan impiannya menjadi seorang pelumba motosikal. Dengan bantuan orang sekitar dia semakin dekat untuk mencapai impian tersebut tetapi hadir dengan pelbagai cabaran tersendiri.
The Instigators
Platform: Apple TV+
Rory dan Cobby lakonan Matt Damon dan Casey Affleck telah menerima satu pekerjaan yang memerlukan mereka bersama untuk melakukan rompakan, keadaan menjadi rumit apabila mereka perlu melarikan diri daripada polis dan juga penjahat yang ingin membalas dendam.