XboxEra iaitu satu laman berita dan perkongsian mengenai permainan video telah melancarkan projek Kickstarter untuk permainan kad berdasarkan budaya Peperangan Konsol iaitu Console War The Card Game.
Di dalam permainan ini, yang boleh dimainkan sehingga 5 pemain, pemain akan menjadi pengeluar konsol. Oleh itu, pemain perlu berusaha untuk melancarkan permainan-permainan, mendapat peminat, dan pemain yang dapat menghasilkan permainan untuk semua genre akan menang sesi tersebut.
Jenis-jenis kad yang tersedia adalah seperti kad permainan video dengan judul rekaan sendiri tetapi rekaan jelas menggambarkan permainan sebenar, kad peminat, kad aksi dan juga kad ‘Next-Gen Upgrade’.
Console War The Card Game boleh didapatkan dengan bayaran sekurang-kurangnya £20 (~RM90) boleh juga dapatkan dengan harga £20 untuk mendapat bersama DLC Pack. Mereka menyasarkan ia akan diedarkan pada Mac, 2025.
Anda boleh layari laman Kickstarter jika berminat untuk mendapatkannya, seperti biasa bagi projek-projek biayasama, tiada kepastian yang projek ini berjaya ataupun diedarkan mengikut masa yang dijangka.