Apple Arcade telah mengumumkan yang pada 5 September 2024 mereka akan menyertakan tiga permainan baharu iaitu NFL Retro Bowl ’25, Monster Train+ dan juga permainan untuk Apple Vision Pro, Puzzle Sculpt.

NFL Retro Bowl ’25 yang dibangunkan oleh New Star Games dan merupakan permainan versi baharu untuk Retro Bowl. Melalui permainan ini, pemain boleh mengurus pasukan NFL sendiri dengan menggunakan pasukan dan juga pemain rasmi NFL.

Monster Train+ dibangunkan oleh Good Shepherd Entertainment dan merupakan permainan membina-dek dengan elemen roguelite. Pemain perlu mempertahankan tiga lorong menggunakan lebih 250 kad yang boleh didapatkan oleh pemain.

Puzzle Sculpt oleh Schell Games pula merupakan permainan yang menggunakan teknologi spatial yang terdapat bersama dengan Apple Vision Pro untuk menggabungkan tekaria dengan persekitaran rumah anda sendiri.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Sohor Kini