Pandang Pertama MTG: Bloomburrow Commander Deck – Squirreled Away

Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Bloomburrow pada 2 Ogos lepas, dan mereka telah menyediakan kami pelbagai set untuk mencuba sendiri, salah satunya merupakan Commander Deck – Squirreled Away iaitu satu daripada 4 Commander Deck yang hadir di dalam penambahan ini iaitu Animated Army, Family Matters, dan Peace Offering.

Bagi Squirreled Away fokus utama untuk dek ini adalah Token dan Squirrels. Dengan Commander utama di dalam dek ini adalah Hazel of the Rootbloom, iaitu Legendary Creature – Squirrel Druid yang memerlukan 4 Mana (1 Mana Hitam dan 1 Mana Hijau) yang kuasanya mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dengan membayar 2 nyawa, saya boleh memilih mana-mana Token untuk di-tap dan akan mendapat Mana mengikut jumlahnya untuk apa-apa warna. Bahagian kedua, ketika end step, saya boleh memilih satu token untuk menerima satu salinan, jika token tersebut merupakan squirrel saya sebaliknya menerima dua salinan.

Dengan Commander hanya memerlukan 4 mana, Hazel of the Roobloom boleh digunakan di awal permainan lagi, akan tetapi tanpa token, ia tidak mempunyai fungsi lain oleh itu sangat penting untuk mendapat token sebanyak mungkin dengan cepat. Oleh itu banyak kad di dalam dek ini mempunyai kebolehan untuk menghasilkan token, tetapi bukan satu jenis token sahaja sebaliknya ia juga menjana token-token lain seperti Treasure, Rat, dan Pest yang serba sedikit menjadi pengimbang untuk mengelak daripada dek ini menjadi terlalu ‘berkuasa’ tetapi pada masa yang sama menjadikan ia kurang konsisten dan memerlukan tangan pembukaan yang baik untuk menjadikan dek ini boleh melawan dengan dek-dek Commander yang lain.

Saya boleh katakan untuk kad-kad Creature yang tidak banyak merupakan Squirrel walaupun jika dilihat di kotak untuk Commander ini memfokuskan kepada Squirrel. Saya boleh katakan hanya terdapat 13 kad jenis Squirrel di dalam keseluruhan dek, satu jumlah yang saya boleh kata sedikit untuk menjadi satu tema. Melainkan anda mula menghasilkan token Squirrel dengan banyak melalui kuasa bahagian kedua untuk Hazel of the Rootbloom agar sukar untuk menganggap ini merupakan dek Squirrel.

Perkara ini bukanlah satu masalah yang besar, tetapi ia memberikan sedikit perasaan yang dek ini tidak mempunyai satu fokus yang jelas. Beberapa kali saya mencuba untuk bermain, strategi saya bertukar mengikut jenis kad berlainan di tangan. Mungkin perkara tersebut merupakan cara dek ini dihasilkan untuk memberikan strategi berlainan tetapi oleh kerana sinergi terasa kurang, agak sukar untuk mencari kombinasi kad serta gerakan yang baik daripada dek ini.

Dek ini boleh menjadi satu dek yang menyeronokkan terutama apabila mendapat tangan permulaan untuk saya terus mencipta token, tambahan lagi token Squirrel yang boleh digunakan dengan baik bersama Commander, untuk mendapatkan Mana dan untuk menggunakan token tersebut bagi kegunaan lain, termasuk juga melakukan Sacrifice. Ia satu dek dengan fokus yang pelbagai, menjadikannya seimbang dari segi gaya main, tetapi kurang fokus juga menjadi kelemahan kerana kurang sinergi di antara satu sama lain.

Secara sendirinya saya boleh katakan yang dek ini kurang berkuasa jika ingin dibandingkan dengan dek-dek Precon yang lain, tetapi ia juga mempunyai potensi yang baik untuk diubah dan disertakan dengan kad-kad lain terutama yang mengubah dek ini untuk mempunyai lebih fokus ataupun satu atau dua strategi utama bagi menjadikan kad-kad di dalamnya mempunyai lebih sinergi di antara satu sama lain.

Seperti kebiasaan, Commander Deck ini juga hadir dengan Collector Booster Sample Pack yang mengandungi dua kad yang boleh didapatkan daripada Collector Booster. Dua kad yang saya dapat ialah Burrowguard Mentor dan juga Season of Weaving dengan jenis Borderless yang mempunyai rekaan agak menarik dengan karya yang cantik oleh Andrea Sipl dan juga satu kad yang baik untuk dek Biru.

Akhir kata, Commander Deck – Squirreled Away satu dek yang menarik dan ada masa seronok untuk dimainkan, akan tetapi jika anda ingin bermain dengan serious, atau untuk menang, dek ini secara sendiri tidak mempunyai kekuatan serta sinergi yang mencukupi untuk berdiri di kaki sendiri kerana ia dibina untuk menjadi pelbagai jenis dek yang berbeza tanpa fokus utama.

Sohor Kini