Netflix telah mengumumkan yang Squid Games: Season 2 akan mula disiarkan di platform tersebut pada 26 Disember 2024. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang siri ini akan menerima musim ketiga dan ia juga akan menjadi musim terakhir.
Bagi musim kedua ini, mereka memfokuskan kepada pemain yang telah memenangi Squid Game pada musim lepas menggunakan kekayaannya untuk mencari orang di sebalik permainan ini. Namun, tanpa dia sedari, pencarian tersebut adalah lebih berbahaya daripada yang dijangkakan.
Lee Jung-jae akan kembali sebagai pengarah, penulis dan penerbit dengan senarai pelakon seperti Lee Byung-hun, Wi Ha-jun, Gong Yoo, Roh Jae-won, Jo Yu-ri, dan Won Ji-an.