PlayStation sebelum ini telah mengumumkan yang PlayStation VR2 boleh digunakan di PC bermula pada 6 Ogos ini. Bagi membolehkan ia berfungsi, pemilik PS VR2 perlu mendapatkan penyesuai PC yang boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM279.
Selain itu, pengguna juga perlu menggunakan aplikasi khusus iaitu PlayStation VR2 App, sebelum pelancaran, Steam sudah menyenaraikan aplikasi ini yang boleh dimuat turun apabila sokongan ini tiba secara rasmi.
Aplikasi ini akan digunakan untuk membantu pengguna memasang set kepala, mengemaskini perisian tegar bagi PS VR2 dan juga alat kawalan VR2 Sense.