IDW Publishing dan Viz Media telah mengumumkan kerjasama untuk hadir dengan komik Teenange Mutant Ninja Turtles x Naruto yang akan menyampaikan kisah gabungan di antara dua siri popular tersebut.
Komik ini akan mempunyai 4 jilid dengan jilid yang pertama akan dilancarkan pada 13 November 2024. Kebiasaannya, komik-komik yang diterbitkan oleh IDW Publishing boleh didapatkan melalui aplikasi mereka IDW Digital Comics Experience.

Berdasarkan penerangan untuk jilid #1 (dikongsi oleh IGN), penceritaan bermula dengan April O’Neil telah berjumpa dengan Tsunade iaitu Hokage untuk Konohagakure. Perjumpaan tersebut telah menarik perhatian Naruto, Sasuke, Sakura dan Kakashi. Pada masa yang sama, April O’Neil juga menjadi buruan Foot Clan dan menyedari dia dalam bahaya, kumpulan Ninja Turtles datang untuk membantu.
Siri komik ini ditulis oleh Caleb Goellner dan dilukis oleh Hendry Prasetya.


