Uniqlo Umum Tshirt ‘Oshi No Ko’ Tiba Minggu Ini

Uniqlo telah mengumumkan yang Tshirt berdasarkan siri anime ‘Oshi No Ko’ ataupun ‘My Favorite Ido’ akan tiba secara rasmi pada 5 Julai 2024. Rekaan ini akan memfokuskan kepada musim kedua siri ini yang akan mula disiarkan pada 3 Julai.

Mereka melancarkan 5 grafik berbeza untuk dewasa dan juga 4 grafik untuk kanak-kanak dengan harga RM59.90 dan RM39.90. Pilihan saiz adalah XS – 3XL untuk dewasa, 100cm – 160cm untuk kanak-kanak.

Tshirt ini akan mula ditawarkan pada 5 Julai melalui cawangan-cawangan Uniqlo sekitar Malaysia dan juga secara dalam talian.

Sohor Kini