Magic: The Gathering – Assassin’s Creed Tiba Minggu Ini

Wizards of the Coast telah mengumumkan yang Magic: The Gathering Universe Beyond yang terbaru iaitu bersama dengan permainan oleh Ubisoft, Assassin’s Creed akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai 2024.

Seperti set Universe Beyond sebelum ni, set ini akan menyertakan kad-kad Magic berdasarkan Assassin’s Creed, ini termasuklah kad-kad watak terkenal daripada permainan tersebut seperti Ezio, Altair, Edward Kenway, Kassandra dan Eivor.

Set ini akan menyertakan 100 kad baharu, 5 kad yang dicetak semula dan 5 kad yang menerima rekaan baharu.

Anda boleh dapatkan Magic: The Gathering Universe Beyond – Assassin’s Creed melalui 4 pilihan set berbeza iaitu Starter Kit dengan harga lebih kurang RM90, Collector Boosters dengan harga RM1,305.99, Beyond Boosters dengan harga RM638.99 dan Bundle dengan harga RM251.99.

Sohor Kini