Manga My Hero Academia Tamat Ogos Ini

Kohei Horikoshi iaitu mangaka untuk siri My Hero Academia telah mengumumkan yang manga tersebut hanya mempunyai lima bab lagi dengan bab terakhir akan tiba di Shonen Jump Weekly pada 5 Ogos ini.

Manga My Hero Academia bermula pada tahun 2014 dan setakat ini telah mempunyai 425 bab, dengan ia akan berakhir dengan bab ke-430. Siri anime untuknya masih akan diteruskan dengan ia setakat ini berada di bab ke-351 mengikut manga, menjadikan ia mempunyai lebih kurang 80 bab lagi untuk diteruskan.

Kohei Horikoshi juga mengatakan yang beliau akan terus terlibat dengan siri anime dan juga filem bagi My Hero Academia.

Sohor Kini