Skip to main content

Selepas hadir dengan 16 tshirt bersempena dengan ulang tahun ke-35 pada tahun 2022, Uniqlo sekali lagi bersama dengan Final Fantasy untuk hadir dengan 7 tshirt baharu.

Grafik tshirt dini ihasilkan oleh Yoshitaka Amano iaitu artis visual yang sering hadir dengan visual untuk Final Fantasy. Anda boleh lihat grafik-grafik berbeza melalui video di bawah.

Daripada 7 grafik baharu ini, 3 adalah berdasarkan Final Fantasy Pixel Remaster Series, 2 grafik berdasarkan Final Fantasy XIV dan 2 grafik berdasarkan permainan terbaru iaitu Final Fantasy XVI.

Tshirt-tshirt ini sudah boleh didapatkan di mana-mana cawangan Uniqlo ataupun secara dalam talian dengan harga RM59.90 setiap satu dan menyertakan saiz dari XS sehingga 3XL.

Leave a Reply