Acer Malaysia minggu ini telah melancarkan secara rasmi pilihan laptop terbaru mereka iaitu Predator Triton Neo 16 yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070.

Bagi paparan pula, ia hadir dengan skrin bersaiz 16-inci, 16:10 dan menyokong kadar segar sehingga 165Hz. Ia menyokong pelbagai teknologi untuk skrin seperti 100% DCI-P3, NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC.

Laptop ini juga dilengkapi dengan teknologi-teknologi Acer seperti Predator Cooling System yang menggunakan AeroBlade 3D generasi kelima. Acer Purified Voice 2.0 untuk mengurangkan bunyi persekitaran menggunakan AI dan tatasusunan mikrofon 3D untuk memberikan audio yang jelas.

Predator Triton Neo 16 ini sudah mula ditawarkan dengan harga RM9,999 di Acer eStore, gedung rasmi di Shopee dan Lazada, dan juga pengedar-pengedar rasmi Acer di seluruh Malaysia.

Bagi pengguna yang melakukan pembelian sebelum 25 Jun, mereka akan mendapat Acer Melbourne Luggage yang bernilai RM999, dan jika sebelum 21 Jun boleh menyertai cabutan bertuah melalui pautan ini untuk berpeluang memenangi trip ke peringkat Akhir VCT Pacific yang akan berlangsung di Korea Selatan.

Sohor Kini