Malam semalam, sewaktu acara Xbox Games Showcase, Activision telah memperlihatkan permainan video terbaru mereka, iaitu Call of Duty Black Ops 6. Permainan tersebut diumumkan akan tiba pada semua platform konsol keluaran Sony, MIcrosoft dan juga PC pada 25 Oktober ini, dan akan diperlihatkan pada Xbox dan PC Game Pass sewaktu pelancaran.

Terkini, melalui laman web Xbox untuk Black Ops 6, ia nampaknya sudahpun disahkan bahawa Black Ops 6 akan hadir dengan saiz pemasangan sebanyak 309GB, menjadikannya permainan Call of Duty terbesar setakat ini, dan diantara permainan video yang terbesar di pasaran sekarang.

Black Ops 6 akan hadir dengan mod pemain tunggal, mod multi-pemain dengan lebih dari 15 peta dan mod permainan dan sebagainya. Untuk mengurangkan saiz permainan, pemain nampaknya akan diberikan pilihan untuk memasang mod-mod permainan yang dimahukan, dan mereka tidak perlu memuat-turun mod-mod yang tidak akan dimainkan.

Setakat ini, saiz pemasangan ini diperlihatkan untuk konsol Xbox Series X dan Series S terlebih dahulu. Saiz pemasangan untuk konsol Sony PlayStation 5 dan PC tidak diketahui lagi buat masa ini.

Sohor Kini