Call of Duty Black Ops 6 Dilancarkan Pada 25 Oktober 2024

Activision ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler tatamain untuk Call of Duty Black Ops 6 yang anda boleh tonton di bawah. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang permainan terbaru di dalam siri ini akan tiba pada 25 Oktober 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC, ia juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass dan PC Game Pass.

Black Ops 6 semasa pelancaran akan menyertakan kempen baharu yang memfokuskan kepada era Perang Teluk. Bagi multi-pemain, ia menyertakan 12 peta baharu untuk 6v6 dan 4 peta untuk Strike. Mereka juga mengatakan yang mod Zombies akan menerima kembali round-based.

Sohor Kini