Skip to main content

Ketika Xbox Games Showcase, Microsoft telah mengumumkan pilihan baharu untuk konsol mereka iaitu Xbox Series X Digital Edition yang tidak menyertakan pemacu cakera. Model ini ditawarkan dengan warna ‘Robot White’ yang juga ditawarkan untuk Xbox Series S dengan storan 1TB.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Xbox Series turut akan ditawarkan dengan pilihan storan 2TB, ia juga hadir dengan warna baharu iaitu ‘Galaxy Black’. Ketiga-tiga model baharu untuk Xbox Series ini akan tiba akhir tahun ini.

Leave a Reply