Uniqlo Mula Menawarkan Tshirt Berdasarkan Harry Potter

Uniqlo melalui penawaran UT mereka telah mengumumkan rekaan-rekaan Tshirt berdasarkan Harry Potter kini boleh mula didapatkan dengan ia menyertakan 6 rekaan berbeza dan setiap daripadanya ditawarkan dengan harga RM59.90.

4 rekaan Tshirt tersebut adalah berdasarkan rumah-rumah di dalam Harry Potter dan dua lagi rekaan adalah berdasarkan nama sihir serta wand di bahagian depan dan satu lagi adalah berdasarkan Sorting Hat dengan tulisan nama-nama rumah.

Anda boleh dapatkan Tshirt-tshirt ini secara dalam talian ataupun dengan mengunjungi mana-mana cawangan Uniqlo seleruh Malaysia.

Sohor Kini