Komik Rasmi Mobile Legends Akan Tiba Bulan Jun Ini

Armoni Gold Mind dan Moonton telah bekerjasama untuk hadir dengan dengan komik rasmi Mobile Legends: Bang Bang dan menurut laman TikTok – MLBB_Official_Comic ia akan tiba sekitar bulan Jun ini dengan muka depan untuk komik pertama memperlihatkan Beatrix dan Layla.

Buat masa ini tidak disahkan lagi mengenai penceritaan yang akan disertakan serta watak-watak yang akan terlibat. Komik Mobile Legends bukanlah sesuatu yang baharu akan tetapi sebelum ini dihadkan untuk memperkenalkan watak-watak baharu sahaja,

Jika anda berminat untuk memenangi komik secara percuma anda boleh sertai peraduan dengan mengikut akaun TikTok mereka, tag serta tinggalkan komen, peraduan ini berlangsung sehingga 2 Jun 2024.

Sohor Kini