Tshirt Uniqlo Untuk Kaiju No. 8 Dilancarkan 31 Mei Ini

Uniqlo telah mengumumkan yang penawaran koleksi UT berdasarkan siri anime Kaiju No. 8 akan dilancarkan pada 31 Mei 2024 di Malaysia. Ia akan menyertakan 6 rekaan berbeza dan seperti biasa akan ditawarkan dengan harga RM59.90 setiap satu.

Kaiju No. 8 merupakan siri manga yang ditulis dan dilukis oleh Naoya Matsumoto, bermula pada tahun 2020 ia masih sedang berjalan pada waktu ini. Siri manga bermula pada bulan April lepas dan boleh ditonton di Netflix, Disney+ Hotstar dan Crunchyroll.

Anda boleh layari laman Uniqlo untuk melihat rekaan dengan lebih dekat dan juga melakukan tempahan apabila ia dibuka kelak.

Sohor Kini