SteelSeries telah melancarkan model terbaru di dalam siri set fon kepala Arctis Nova mereka iaitu Arctis Nova 5 yang turut hadir bersama dengan aplikasi Nova 5 Companion yang memudahkan pengguna untuk memilih satu daripada lebih 100 praset yang disertakan. Setiap praset ini memberikan audio yang bersesuaian mengikut permainan yang berbeza seperti Fortnite, Apex Legends dan Minecraft.

Arctis Nova 5 dilengkapi dengan pemacu Neodymium Magnetic yang memberikan soundscape yang terperinci tidak kira frekuensi yang tinggi ataupun bass. Set fon kepala ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 60 jam dan pengecasan untuk 15 minit memberikan 6 jam sesi penggunaan.

Bagi sambungan ia menyokong 2.4Ghz atau Bluetooth 5.3 dan boleh ditukar dengan mudah melalui satu butang sahaja, profil audio juga boleh ditetapkan mengikut jenis sambungan. Ia juga hadir bersama dengan dongel USB-C untuk memastikan ia boleh digunakan di lebih banyak platform termasuk juga konsol.

Arctis Nova 5 ditawarkan dengan harga RM699 dan boleh didapatkan melalui gedung rasmi SteelSeries di Shopee dan juga Lazada.

Sohor Kini