Warner Bros Discovery hari ini telah mengumumkan yang filem baharu The Lord of the Rings sedang dibangunkan, buat masa ini ia akan menggunakan judul Lord of the Rings: The Hunt for Gollum yang akan membawa satu penceritaan baharu.
Andy Serkis akan kembali sebagai Gollum dan beliau juga akan mengarah. Pengarah asal iaitu Peter Jackson akan terus terlibat sebagai penerbit bersama dengan Fran Walsh dan Philippa Boyens yang juga akan menulis bersama dengan Phoebe Gittins dan Arty Papageorgiou.
Filem ini masih di peringkat awal penghasilan skrip dengan ia menyasarkan tahun 2026 untuk tarik tayangan dengan New Line Cinema akan dipertanggungjawabkan untuk membangunkannya.
Warner Bros pada tahun lepas telah mengumumkan mereka telah mendapat hak daripada Embracer Group untuk membangunkan beberapa lagi filem berdasarkan siri yang dicipta oleh J. R. R. Tolkien. Di dalam filem ini, Embracer Group akan diwakili oleh Freemode.