Warner Bros. Discovery telah mengumumkan kepada pelabur yang mereka sudah mendapat persetujuan dengan pemilik IP Lord of the Rings iaitu Embracer Group untuk membangunkan beberapa lagi filem berdasarkan IP tersebut.

Buat masa ini masih tiada nama yang dikaitkan dengan filem baharu ini akan tetapi Peter Jackson iaitu pengarah untuk tiga filem asal dan juga siri filem The Hobbits mengatakan yang Warner Bros sentiasa berhubung dengannya mengenai IP ini tetapi masih tiada pengesahan rasmi dilakukan.

Embracer Group iaitu syarikat di sebalik studio permainan video seperti THQ Nordic, Gearbox dan Plaion telah mengambil alih hak intelek untuk Lord of the Rings pada tahun lepas. Selain perjanjian dengan Warner Bros dan juga Amazon, mereka juga akan hadir dengan beberapa permainan video berdasarkan IP tersebut.

Sohor Kini