Skip to main content

PUMA telah mula menawarkan koleksi pakaian terbaru mereka dengan kerjasama bersama Sony Interactive Entertainment untuk jenama PlayStation. Melalui kerjasama ini mereka menawarkan kasut, tshirt, hoodie, seluar pendek, beg, dan topi.

Bagi kasut, mereka menawarkan dua pilihan model iaitu RS-X yang ditawarkan dengan harga RM539 atau RM389 untuk saiz kanak-kanak. Model satu lagi adalah Suede yang ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dengan harga RM509.

Manakala untuk Tshirt, mereka menyertakan tiga rekaan dengan harga RM189 atau RM219 mengikut rekaan, saiz kanak-kanak mempunyai satu rekaan sahaja dan ditawarkan dengan harga RM119. Hoodie mempunyai satu rekaan dengan harga RM379 atau RM289 untuk saiz kanak-kanak, jaket juga mempunyai satu rekaan sahaja ditawarkan dengan harga RM459 atau RM269 untuk saiz kanak-kanak.

Terdapat dua pilihan seluar pendek dan ditawarkan dengan harga RM269 dan RM289 atau RM169 untuk saiz kanak-kanak, beg hanya mempunyai satu rekaan dan ditawarkan dengan harga RM249, begitu juga untuk topi yang ditawarkan dengan harga RM195 atau RM105 untuk saiz kanak-kanak.

Anda boleh layari laman rasmi PUMA atau pengedar rasmi yang terpilih.

Leave a Reply