Uniqlo telah mengumumkan yang mereka akan membawa koleksi Tshirt berdasarkan The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom pada 26 April ini untuk pasaran Malaysia. Koleksi ini akan menyertakan rekaan yang khusus untuk koleksi ini.
Koleksi ini akan menawarkan 6 rekaan yang ditawarkan setiap cawangan Uniqlo dan juga gedung dalam talian, ia ditawarkan dengan harga RM59.90 dan ditawarkan dengan saiz XXS sehingga 3XL. Anda boleh layari laman rasmi untuk koleksi ini jika ingin melihat kesemua rekaan yang disertakan.
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom merupakan permainan terbaru di dalam siri The Legend of Zelda dan merupakan susulan kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wilds. Ia dilancarkan pada 12 Mei tahun lepas.