Qiddiya Investment Company iaitu syarikat pelaburan di Arab Saudi telah mengumumkan yang mereka akan membina Taman Tema Dragon Ball di negara tersebut, sebahagian daripada projek mega “Qiddiya” yang ingin menjadikan Arab Saudi sebagai hab untuk hiburan dan juga pelancongan.

Taman Tema Dragon Ball ini seluas 500 ribu meter persegi meliputi 7 kawasan berdasarkan tempat-tempat di dalam siri Dragon Ball, antaranya Kame House, Capsule Corporation, dan Planet Beerus. Di taman tersebut, pengunjung juga boleh menyertai Goku dan rakan-rakan untuk mengikut kisah mereka daripada Dragon Ball sehingga Dragon Ball Super.

Taman tema ini juga akan menyertakan lebih 30 tarikan dengan 5 daripadanya merupakan “state-of-the-art rides” termasuk juga yang akan berada di dalam Shenron setinggi 70 meter. Anda boleh layari laman Qiddiya untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini