Aurum Theatre iaitu satu jenama di bawah Golden Screen Cinemas telah membuka cawangan terbaru di The Exchange TRX, Kuala Lumpur yang menggunakan kawasan seluas 120 ribu kaki persegi dan 4 tingkat, menjadikannya sebagai pengalaman hiburan ultra-mewah terbesar di Asia Tenggara.

Cawangan ini menyertakan 11 dewan dengan setiap daripadanya mempunyai rekaan dalaman tersendiri dan tempat duduk yang selesa. Antara dewan yang ditawarkan adalah IMAX yang pertama menyertakan kerusi berbaring. ScreenX yang terbesar di Malaysia menawarkan pengalaman panoramik 270-darjah.

Selain itu, terdapat juga Maybank Comfort Cabins yang menyertakan kerusi berbaring dengan teknologi stressless. Bagi yang pengalaman yang lebih mewah, terdapat 2 Gethat lux Suites yang turut menyertakan peti sejuk mini, pengecas, lampu yang oleh dimalapkan dan selipar untuk bilik tidur.

Bagi yang inginkan pengalaman lebih mesra untuk mengambil gambar, terdapat 4 Escape Studio yang mempunyai tema berbeza seperti ‘La Romance Hall’, ‘Neon Nippon Hall’, ‘Couture Hall’ dan ‘The Rhapsody Hall’.

Selain menonton wayang, Aurum Theatre, The Exchange TRX juga mempunyai resotran seperti Hokkaido Table dan Kissa Cafe and Diner.

Sohor Kini