Membuka Kotak MTG: Murders at Karlov Manor Play Boosters

Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Murders at Karlov Manor pada minggu lepas, dan mereka telah menyediakan kami Play Boosters untuk buka dan melihat kad-kad baharu yang disertakan. Play Boosters merupakan penawaran terbaru untuk Magic: The Gathering yang menggantikan Set Booster dan Draft Booster.

Melalui Play Boosters, Wizards ingin hadir pilihan Booster yang bukan sahaja baik untuk pemain yang bermain format seperti Standard tetapi juga untuk pemain yang ingin bermain Limited seperti Draft. Wizards juga mengatakan yang pemain lebih menyukai Set Boosters berbanding Draft Boosters, oleh itu mengambungkan kedua-dua ini dapat menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk kedua-dua jenis pemain.

Oleh itu, setiap pek Play Boosters menyertakan 15 kad berbanding 12 kad untuk Set Boosters, dan seperti Draft Booster tetapi dengan kemungkinan untuk mendapat kad yang lebih baik. Berikut adalah pecahan kad yang boleh didapatkan untuk setiap pek Play Boosters:

Antara perbezaan dengan Set Boosters adalah bagi slot 1-6, ia menawarkan kad Commons, di dalam Set Boosters jika pemain mendapat 6 kad Commons, ia bermaksud pemain tidak akan mendapat kad-kad jenis lain Uncommon ataupun Rare. Manakala slot 7, pemain akan mempunyai 12.5% kemungkinan untuk mendapat kad daripada ‘The List’ yang kini turut menyertakan kad daripada Special Guest. Bagi Slot ke 15, ia menjadi slot untuk kad yang tidak boleh digunakan, oleh itu pemain mungkin akan mendapat token, kad Art ataupun kad Art bersama dengan Signature, berbeza dengan Set Boosters yang kad Art terdapat di dalam setiap pek, manakala Draft Booster tidak langsung mempunyai kad Art.

Membuka Play Boosters

Setiap Play Boosters menyertakan 36 pek yang mengandungi 15 kad seperti kami terangkan di atas. Selepas membukannya, kami telah mendapat 44 kad Rare, dan 8 kad Mythic Rare, namun jika mengikut nilai, tidak banyak kad yang bernilai tinggi dan dua kad dengan nilai tertinggi yang kami peroleh adalah kad ‘Show and Tell’ iaitu kad Special Guest yang buat masa ini ditawarkan dengan harga $18.99 dan kad baharu daripada penambahan ini iaitu Anzrag, the Quake-Mole yang berharga $12.99.

Murders at Karlov Manor menawarkan beberapa rekaan untuk kad, antaranya Showcase Magnified, Full-Art Impossible Land, Showcase Dossier, Invisible Ink, Ravnica City dan Serialized. Daripada Play Booster kami hanya mendapat Showcase Magnified, Full-Art Impossible Land dan juga Showcase Dossier.

Showcase Dossier dan Showcase Magnified
Full-Art Impossible Land

Murders at Karlov Manor juga membawa beberapa mekanik baharu dan juga membawa kembali mekanik sebelum ini, seperti Disguise, Cloak, Investigate, Suspect, Collect Evidence, dan Cases mengambil tema daripada penambahan ini yang memfokuskan kepada siasatan kes pembunuhan.

Disguise
Case

Selepas membuka kesemua pek yang ditawarkan melalui Play Boosters ini saya boleh katakan ia adalah pembaharuan yang baik berbanding Set Boosters, terutama boleh mendapat tambahan 2 kad yang boleh digunakan. Kami tidak biasa membuka ataupun bermain Draft Booster, akan tetapi perbezaan adalah kecil dengan ia kurang 1 kad yang boleh digunakan namun mempunyai kemungkinan untuk mendapat kad-kad yang lebih baik menjadikan ia tidak sangat terasa sebagai satu kekurangan.

Magic: The Gathering – Murders at Karlov Manor ditawarkan melalui Play Boosters, Collector Boosters, Commander Decks, Prerelease Packs, dan berkas yang anda boleh dapatkan melalui mana-mana pengedar rasmi untuk Magic: The Gathering.

Sohor Kini