Skip to main content

Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Muders at Karlov Manor bermula hari ini. Penambahan kali ini membawa pemain kembali ke bandar Ravnica. Selepas peperangan ‘March of the Machine’, Teysa telah menganjurkan satu acara di Karlov Manor, tetapi acara tersebut berubah apabila pembunuhan mula berlaku dan Alquist Proft memulakan siasatannya mengenai pembunuhan tersebut.

Melalui penambahan ini, Wizards telah memperkenalkan Play Booster bagi menggantikan Set Booster dan Draft Booster, berbanding membeli secara berasingan sebelum ini, pemain kini boleh mendapat kelebihan daripada dua set tersebut melalui satu Booster sahaja. Dengan mempunyai 14 kad di dalamnya, Play Booster boleh dibuka untuk bermain Draft.

Murders at Karlov Manor juga membawa beberapa mekanik baharu dan juga membawa kembali mekanik sebelum ini, seperti Disguise, Cloak, Investigate, Suspect, Collect Evidence, dan Cases mengambil tema daripada penambahan ini yang memfokuskan kepada siasatan kes pembunuhan. Bagi rekaan kad pula, ia menyertakan “Showcase magnified” dan juga “Full-Art Impossible Lands”.

Magic: The Gathering – Murders at Karlov Manor ditawarkan melalui Play Boosters, Collector Boosters, Commander Decks, Prerelease Packs, dan berkas.

Leave a Reply