Dengan James Gunn dan Peter Safran bertanggungjawab terhadap kandungan DC melalui DC Studios dan DC Universe, mereka turut membenarkan beberapa projek DC lain diteruskan. Misalnya filem Joker 2 dan The Batman 2 tidak berada dalam DCU dan merupakan projek DC Elseworld.

Walaupun Gunn sibuk membina mesta DCU baharu dengan fasa pertama Chapter One: Gods and Monsters, beliau telah mengacah yang lebih banyak kandungan Elseworld akan dikeluarkan selepas filem Superman: Legacy ditayangkan. The Baman 2 dan Joker 2 nanti walaupun adalah projek Elseworld, jenama DC Elseworld tidak akan digunakan.

Gunn memberitahu di Threads yang penjenamaan DC Elseworld hanya akan digunakan secara rasmi selepas filem dalam Chapter One dikeluarkan. Apakah projek DC lain sesuai untuk Elseworld? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini