Skip to main content

Prime Video adalah antara platform penstriman video dengan harga langganan berbaloi iaitu hanya RM25 sebulan. Sejak pelancaran rasmi di Malaysia beberapa bulan lalu, Prime Video banyak menawarkan kandungan tempatan seperti filem Imaginur serta filem Amazon Originals – Budak Flat.

Bermula Januari hadapan, platform penstriman video yang memiliki MGM Studios ini turut akan mula memaparkan iklan. Ini adalah iklan luar dan bukannya iklan Prime Video sendiri yang boleh langkau seperti biasa. Iklan ini hanya boleh dibuang jika pelanggan membayar $2.99 sebulan iaitu sekitar RM13.85.

Buat masa ini hanya pelanggan di negara Amerika Syarikat, UK, Jerman, Kanada, Perancis, Itali, Sepanyol, Mexico dan Australia sahaja terkesan. Ini adalah langkah yang sama dilakukan oleh Disney+ dan Netflix, di mana penambahan pelan dengan ada iklan meningkatkan jumlah pelanggan mereka. Pelanggan di Malaysia buat masa ini masih terselamat dan boleh menikmati Prime Video pada harga RM25 sebulan bebas iklan.

Sumber – Amanz

Leave a Reply