Rebel Moon: A Child of Fire yang akan tiba ke Netflix 22 Disember ini. Biasanya kandungan baharu Netflix akan keluar tepat pada pukul 3 P.M. Khusus untuk filem pertama Rebel Moon, ia akan mula boleh distrim pada tepat pukul 11 A.M. (Jumaat, waktu Malaysia).

Sinopsis rasmi;

Selepas satu tragedi, Kora (Sofia Boutella) yang mempunyai kisah silam penuh misteri mula hidup aman dan tenang di kalangan komuniti petani. Kora adalah harapan komuniti ini kerana diancam oleh Regent Balisarius (Fra Fee) yang kejam bersama-sama dengan pembantunya Admiral Noble (Ed Skrein). Dua individu kejam ini ingin merampas hasil pertanian komuniti Kora kerana menjualnya kepada Bloodaxes (Cleopatra Coleman dan Ray Fisher) – ketua kumpulan pemberontak yang diburu Motherworld.

Kora dan Gunnar (Michiel Huisman) kemudian merekrut pahlawan yang sanggup berkorban nyawa demi orang-orang Veldt. Antara ahli kru mereka adalah Bloodaxes, Kai (Charlie Hunnam) seorang pilot upahan, General Titus (Djimon Hounsou) seorang legenda yang dipenjara, Nemesis (Doona Bae) pakar pedang, Tarak (Staz Nair) banduan, Milius (E. Duffy) seorang pejuang penentangan dan juga Jimmy (Anthony Hopkins) robot pelindung. Mereka semua harus mengenali sesama sendiri dan bekerjasama demi menentang Motherworld yang kejam.

Rebel Moon adalah francais dua filem yang Zack Snyder bersetuju dengan Netflix. Filem kedua adalah The Scargiver yang akan tiba pada 19 April 2024. Rebel Moon turut mempunyai komik prekuel House of the Bloodaxe yang berlaku lima tahun sebelum filem pertama.

Sohor Kini