Foundation Diteruskan Untuk Musim Ke-3

Tiga bulan lepas, musim kedua Foundation telah tamat disiarkan di Apple TV+. Siri TV fantasi dan sains fiksyen ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Isaac Asimov. Ia ditulis dan diterbit oleh David S. Goyer bersama-sama dengan pelakon Lee Pace, Jared Harris, Lou Llobell, Leah Harvey, Laura Birn, Cassian Bilton, Terrence Mann, Isabella Laughland, Kulvinder Ghir, Ella-Rae Smith, Holt McCallany, Rachel House, Nimrat Kaur, Ben Daniels dan Dimitri Leonidas.

Terbaru, Apple telah menempah musim ketiga untuk siri TV ini. Tiada butiran untuk musim baharu ini selain S. Goyer mendedahkan yang watak Bayta,Toran, Ebling, dan Magnifico Giganticus akan menjadi fokus utama dengan konflik Foundation dan Empire yang semakin dahsyat.

Sohor Kini