Skip to main content

Kalau Netflix ada Maestro, Disney+ Hotstar akan hadir dengan MAESTRA: Strings of Truth. Sebuah siri TV misteri-ngeri Korea Selatan yang diarahkan oleh Kim Jeongkwon (Ditto, Lie After Lie) berdasarkan skrip oleh Choi Leeyoon dan Hong Junghee, (The Taste of Curry, Changall’s Birthday).

Siri ini akan mengisahkan Cha Seeum lakonan Lee Youngae (Dae Jang Geum, Lady Vengeance) sebagai seorang konduktor muzik berjaya di New York. Suatu hari dia pulang ke Seoul dan telah diugut oleh orang misteri yang ingin mendedahkan segala rahsia dia. Pada masa yang sama Cha Seeum turut cuba mengembalikan semula The Hangang Philharmonic Orchestra yang gagal.

Siri ini turut akan disertai oleh Lee Musaeng (The Glory, The World of the Married) sebagai Yoo Jungjae iaitu rakan Seeum, Kim Youngjae (Reborn Rich, Stranger 2) sebagai Kim Phil iaitu suami Seeum, dan juga Hwang Boreumbyeol (The Secret Romantic Guesthouse, The World of My 17) sebagai Lee Luna – ketua konsert The Hangang Philharmonic Orchestra.

Siri ini akan tiba di Disney+ Hotstar bermula 9 Disember akan datang.

Leave a Reply