Anda mungkin mengenali Bradley Cooper sebagai Rocket Raccoon atau pelakon dalam trilogi Hangover. Tetapi tahukah anda yang Cooper juga merupakan pengarah dan penulis skrip filem yang hebat? Antara karya beliau yang digemari ramai adalah A Star Is Born lakonan beliau sendiri bersama dengan Lady Gaga.
Terbaru, beliau kembali mengarah filem yang ditulis sendiri iaitu Maestro. Sebuah biografi mengenai Leonard Bernstein iaitu konduktor muzik dan komposer terkenal. Antara karya Bernstein yang popular adalah A West Side Story. Maestro akan ke pawagam terpilih November ini dan disiarkan secara eksklusif di Netflix bermula 20 Disember nanti.

Filem ini mengisahkan Leonard Bernstein (Bradley Cooper) bersama isteri dia Felicia Montealegre (Carey Mulligan). Ia turut akan memperlihatkan kejayaan Bernstein dan betapa rumitnya hubungan dia bersama Montealegre. Treler mencadangkan filem ini berpotensi menjadi satu filem yang akan diminati ramai dengan kualiti produksi yang hebat.
Pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Matt Bomer, Maya Hawke, Sarah Silverman, Josh Hamilton, Scott Ellis and Gideon Glick.