Siri Sampingan The Boys Versi Mexico Sedang Dibangunkan

Mesta The Boys berkembang lagi. Terbaru, Amazon dilaporkan sedang membangunkan siri sampingan The Boys yang berlaku di Mexico City dan berbahasa Sepanyol. Siri ini akan kekal dihasilkan oleh Sony Pictures Television dan juga Amazon MGM Studios. Sementara pencipta asal, Eric Kripke akan menjadi menerbit siri ini melalui Kripke Enterprises bersama-sama dengan Seth Rogen.

Siri ini dilaporkan akan ditulis oleh Dunnet-Alcocer iaitu penulis filem Blue Beetle. Buat masa ini plot masih tidak didedahkan lagi begitu juga senarai pelakon. Tetapi ia dikatakan akan turut diadaptasi daripada komik The Boys yang ditulis dan dilukis oleh Garth Ennis/Darick Robertson. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut mengenainya.

Baca: Ulasan Gen V (Musim 1)

Sohor Kini