Skip to main content

The Hangover adalah francais filem komedi yang menyertakan pelakon seperti Bradley Cooper, Ed Helms, Zach Galifianakis, Heather Graham, Justin Bartha, Ken Jeong dan Jeffrey Tambor. Ia mula ditayangkan pada tahun 2009 dan tamat pada tahun 2013.

Cooper yang sejak kebelakangan ini memfokuskan kerjaya beliau dalam berlakon sebagai watak yang lebih serius seperti akan datang Maestro menyatakan beliau berminat untuk kembali ke francasi The Hangover jika filem keempat dihasilkan. Namun begitu, beliau tidak yakin jika Todd Philips selaku pengarah francais ini dan juga pengarah dua filem Joker menginginkan filem The Hangover baharu.

The Hangover mengisahkan Phil (Cooper), Stu Price (Helms), Alan Garner (Galifianakis) dan Doug Billings (Bartha) yang melancong ke Las Vegas untuk menyambut perkahwinan rakan mereka tetapi semua perancangan mereka tidak menjadi kerana berlakunya tragedi yang tidak diingini.

Leave a Reply