Skyler Gisondo Adalah Jimmy Olsen Dalam Superman: Legacy

Pada minggu ini hampir setiap hari pasti akan ada berita mengenai perkembangan filem Superman: Legacy. Selepas Nicholas Hoult dan Sara Sampaio dipilih menjadi Lex Luthor dan Eve Teschmacher, hari ini Skyler Gisondo pula dipilih untuk menjadi Jimmy Olsen.

Dalam mesta Superman, Jimmy Olsen adalah jurugambar untuk The Daily Planet dan kerap membantu Clark Kent serta Lois Lane. Gisondo akan menggantikan Michael Cassidy yang menjadi watak ini dalam DCEU. Versi aksi nyata lain adalah Sam Huntington dalam Superman Returns dan Mehcad Brooks dalam mesta Arrowverse The CW.

Sohor Kini