Seperti yang semua sedia maklum, francais DCEU akan diolah menjadi DCU (DC Universe) oleh James Gunn untuk Warner Bros. Discovery bersama-sama dengan Peter Safran melalui DC Studios. Setakat ini beberapa watak filem DC sedia ada telah pun disahkan akan kembali seperti SHAZAM! dan Blue Beetle.
Filem DCU pertama dalam fasa Chapter One: Gods and Monsters adalah Superman: Legacy di mana David Corenswet menggantikan Henry Cavill sebagai Clark Kent/Superman dan Rachel Brosnahan menggantikan Amy Adams sebagai Lois Lane. Terbaru, Nicholas Hoult yang sebelum ini menjadi calon Superman telah dipilih oleh James Gunn untuk menjadi Lex Luthor. Beliau akan menggantikan Jesse Eisenberg.
Superman: Legacy adalah filem yang ditulis dan diarahkan oleh James Gunn sendiri dan dijadualkan oleh untuk ditayangkan pada 11 Julai 2025. Selain Corenswet, Brosnahan dan Hoult, Anthony Carrigan akan menjadi Metamorfo dan María Gabriela de Faría akan menjadi penjahat iaitu The Engineer.
Selain mereka Isabela Merced akan berlakon sebagai Hawkgirl, Edi Gathegi pula sebagai Michael Holt/Mister Terrific dan Nathan Fillion pula sebagai Guy Gardner/Green Lantern. Sinopsis rasmi masih belum diumumkan lagi tetapi filem ini dikatakan adalah kisah awal Clark Kent menjadi Superman. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Deadline