Tim Allen Dan Tom Hanks Mungkin Akan Kembali Dalam Toy Story 5

Seperti yang kami laporkan pada bulan Mac lepas, Disney sedang membangunkan filem animasi Toy Story 5. Buat masa ini butiran filem masih belum didedahkan lagi begitu juga senarai pelakon yang terlibat. Baru-baru ini, Tim Allen telah mendedahkan yang beliau dan Tom Hanks telah diseru Bob Iger untuk kembali menjadi suara Buzz Lightyear dan juga Woody.

Allen turut memberitahu yang empat filem sudah cukup banyak dan lima mungkin melampau. Beliau hanya akan kembali menjadi Buzz jika skrip untuk Toy Story 5 adalah baik. Lebih-lebih lagi apabila di akhir Toy Story 4, Woody memilih untuk pergi bersama Bo dan tidak lagi bersama mainan-mainan lain yang kini milik Bonnie. Jadi Allen inginkan satu pertemuan kembali bersama Woody yang bagus.

Sohor Kini