Skip to main content

Antara filem animasi yang berulang kali saya tonton adalah Toy Story 1 dan 2, sementara Toy Story 3 sekitar dua kali dan Toy Story 4 pula hanya sekali. Apa-apa pun, filem inilah yang membuatkan saya minat kepada pelbagai jenis animasi 3D kerana mempunyai penceritaan menarik di mana mainan boleh hidup. Seperti satu lagi filem kegemaran saya Small Soldiers.

CEO Disney, Bob Iger hari ini mengumumkan sekuel Toy Story iaitu Toy Story 5 dalam pembangunan di Disney.

Bukan itu sahaja, filem Frozen 3 dan Zootopia 2 juga turut dalam pembangunan. Filem-filem ini mungkin akan menyelamatkan francais animasi Disney selepas lama filem mereka tidak menerima kutipan yang mencecah $1 bilion. Banyak filem animasi juga terus dicampak ke platform Disney+.

Toy Story 4, Frozen 2 dan Zootopia ketika ditayangkan berjaya mengumpul lebih $1 bilion pada tahun 2019 dan 2016. Jadi mengembalikan filem ini (harapnya ke pawagam) mungkin akan menarik minat ramai orang. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply