Yoshihiro Togashi iaitu mangaka untuk siri Hunter x Hunter telah mengatakan yang beliau mempunyai 4 pengakhiran berbeza bagi siri tersebut (dikongsi oleh Pewpiece).

Beliau mengatakan pengakhiran ini dibahagikan kepada tiga senario iaitu A, B, dan C. Setiap senario ini juga akan mempunyai penerimaan yang berbeza. Menurutnya, senario A diterima oleh 80% pembaca, manakala B diterima oleh 50% dan C hanya diterima oleh 10% sahaja.

Namun, beliau menegaskan yang sasaran beliau adalah untuk terus memikirkan pengakhiran terbaik bagi siri ini dan mungkin tidak akan menggunakan mana-mana senario tersebut.

Selain itu, beliau juga telah berkongsi senario D dengan lebih mendalam dan menjelaskan apa yang akan berlaku di akhir siri ini. Beliau mengatakan yang pengakhiran ini akan digunakan jika dia tidak dapat meneruskan siri ini.

Anda boleh baca senario D mengikut terjemahan oleh Pewpiece di X.

Sohor Kini