Jackie Chan Dan Ralph Macchio Akan Kembali Untuk Filem Karate Kid

Tahun lepas telah kami laporkan yang Sony Pictures bakal hadir dengan filem Karate Kid baharu. Filem ini walau bagaimanapun dikatakan tidak akan berkait dengan Cobrai Kai. Kemudian beberapa bulan lepas, Jackie Chan pula dalam perbincangan untuk dikembalikan sebagai Mr. Han selepas filem Karate Kid 2010.

Hari ini telah disahkan yang Jackie Chan akan kembali. Bukan itu sahaja Ralph Macchio yang merupakan bintang kepada filem asal Karate Kid iaitu Daniel LaRusso turut akan kembali. Filem ini dikatakan akan berlaku dalam mesta sama filem The Karate Kid (1984), The Karate Kid Part II (1986), The Karate Kid Part III (1989) dan The Next Karate Kid (1994).

Dengan Macchio telah pun kembali sebagai LaRusso dalam siri Cobra Kai di Netflix yang turut berlaku dalam mesta sama bersama-sama dengan William Zabka, adakah Sony akan menjadikan filem baharu ini turut berlaku dalam mesta sama? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini