Cobra Kai adalah siri sampingan Karate Kid yang disiarkan di Netflix. Musim kelima baru sahaja disiarkan pada 9 September lalu dan menerima sambutan yang cukup bagus.

Terkini menurut Deadline, Sony akan hadir dengan satu filem Karate Kid baharu yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 Jun 2024. Tetapi filem ini menurut pencipta Cobra Kai Jon Hurwitz tidak akan berkait dengan siri TV di Netflix.

Malah, filem ini juga masih tiada senarai pelakon dan pengarah yang akan terlibat lagi. Dalam siri TV Cobra Kai, Ralph Macchio dan William Zabka kembali berlakon sebagai Daniel LaRusso dan Johnny Lawrence iaitu watak sama dalam filem asal Karate Kid tahun 1984.

Sohor Kini